Dua'

Dua'
"In Every Difficulties There's A Relief"

~Knowledge~

"Knowledge is like a fruit. When a fruit grows on a branch of a tree, its weight causes that branch to bend and bow. Similarly, when knowledge increases in a person, it causes him to become humble and not Mutakabbir (proud and boastful).."







Tuesday, September 28, 2010

~Kesabaran dan Kesakitan..~


Barangsiapa ingin selamat daripada azab Allah, mendapatkan pahala dan rahmatNya dan masuk ke SyurgaNya, hendaklah dia menahan nafsu daripada segala keinginan dunia, di samping sabar atas segala kesulitan dan musibahnya. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Membincangkan persoalan sabar ini ia terdiri dari pelbagai jenis:
  • (a)    Sabar melaksanakan perintah (taat)
  • (b)   Sabar meninggalkan laranganNya
  • (c)    Sabar ketiika mendapat bencana

Barangsiapa bersabar kerana taat, maka pada hari kiamat Allah akan memberinya tiga ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat itu berjarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar meninggalkan larangan Allah, maka pada hari kiamat Allah akan memberinya enam ratus darjat. Setiap darjat antara langit ke tujuh dan bumi ke tujuh. Adapun orang yang sabar atas bencana dan musibah, maka pada hari Kiamat Allah akan memberinya tujuh ratus darjat di syurga. Tiap-tiap darjat antara Arasy dan Tsura.

Dirawikan daripada Nabi saw, sesungguhnya beliau bersabda: Allah swt telah berkata;

“Barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia memohon perlindungan daripada-Ku, pasti Aku memberinya sebelum dia meminta. Dan barangsiapa ditimpa bencana, lalu dia meminta perlindungan kepada makhluk, pasti Kututup semua pintu langit baginya”.

Maka bagi orang berakal wajiblah dia bersabar atas bencana yang menimpa. Tidak ragu atau mengadu (kepada makhluk). Maka dia akan selamat daripada seksa dunia dan Akhirat. Sesungguhnya bencana yang paling pedih hanya menimpa para nabi dan para wali.

Junaid al-Baghdadi ra telah berkata: “Bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang tengah lengah (lupa. Tidak seorangpun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Rasulullah saw juga bersabda:

“Barangsiapa sakit semalam, dia sabar dan rela kepada Allah, maka bersih daripada dosa bagaikan ketika dia lahir dari perut ibunya. Jika engkau sakit, janganlah segera meminta sembuh.”

Telah berkata Adl Dlahak ra: Barangsiapa tidak diuji antara tiapa-tiap emapat puluh hari dengan suatu bala, kedudukan atau musibah, maka tidak ada kebaikan baginya di sisi Allah.

Daripada Muaz bin Jabal ra, beliau berkata: Ketika Allah menguji hamba yang mukmin dengan suatu bencana, Dia berkata kepada (malaikat) pencatat amal buruk, “Hapuskan catatan daripadanya.” Dan berkata kepada pencatat amal baik, “Tuliskan untuk hamba-Ku yang lebih baik daripada apa yang dia perbuat.”

Tersebut pula dalam sebuah Hadis, daripada Nabi saw, baginda bersabda:

“Ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua malaikat kepadanya, seraya berkata, “Lihatlah kalian apa kata hambaKu.” Jika dia berkata ‘Alhamdulillah’, maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, “Aku berjanji untuk hambaKu. Jika akau mematikannya, Kumasukkan dia ke syurga. Dan jika Aku menyembuhkannya, Kuganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. Dan Aku hapuskan pula keburukkannya.”

Ibnju Aththok berkata: “Akan terbukti keteguhan dan kebohongan seorang hamba sewaktu berlakunya bencana mahupun kemakmuran. Barangsiapa bersyukur di saat makmur, tetapi mengeluh bila ditimpa bencana, jelas dia orang yang berdusta. Meskipun orang mempunyai segudang ilmu, tetapi mengeluh jika terkena angin bencana, sungguh tidak berguna ilmu dan amalannya. Allah telah berfirman dalam Hadis qudsi:

“Barangsiapa tidak rela dengan kepuasanKu dan tidak syukur pula dengan pemberianKu, hendaklah dia cari Tuhan selain Aku!”

~Bernikah di usia muda..~

Bismillahirrahmanirrahim..


Seperti biasa ku mengikuti kuliah di Kompleks Yayasan Al-Jenderami yang terletak hanya 5 minit dari rumahku. Alhamdulillah, syukur lillah masih dikurniakan kesempatan untuk turut sama di taman-taman syurga Allah di mana para malaikat memayungi setiap insan yang mengahdiri yang sememangnya iman mereka sentiasa mendahagakan ilmu sebagai bekalan menuju Robbi. Fokus kuliah kali ini berhubung usia umat Rasulullah saw yang singkat cuma berbanding umat terdahulu daripadanya. Kita selusuri kembali usia penghidupan tokoh-tokoh besar Islam seumpama Imam Syafie dan Imam Al-Ghazali dimana kematian menjemput mereka pada usia 54 tahun manakala Imam Nawawi menghadap Ilahi seawal usia 44 tahun. Subhanallah. Terdapat satu quotes di mana dikatakan bahawa “Life begins at 40”. Pernah ku mendengar orang berkata jika hendak dilihat corak kehidupan yang akan dibawa seseorang itu sehingga ke liang lahad, lihatlah corak kehidupan yang dibawa olehnya selepas umurnya menjangkau 40 tahun, jika jahiliyah yang dibawa, maka jahiliyahlah sehingga akhir hayatnya, jika baik akhlaknya baiklah juga ke pengakhirannya. Wallahua’lam. Semua itu hidayah Allah, apa yang berlaku semuanya di atas kehendak Allah jua. Ku terbaca baru-baru ini terdapat seorang muallaf yang memeluk Islam pada usia 54 tahun, MasyaAllah, pokok pangkalnya sejauhmana seseorang itu mahukan perubahan dalam dirinya dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang tersirat dalam jiwa hambaNya.

Berbalik kepada kuliah Ustaz Hafiz tadi, beliau menyatakan bahawa dalam kehidupan ini tidaklah boleh kita menangguhkan dalam melaksanakan amal kebaikan terutamanya yang dituntut oleh Islam. Beliau turut menyampaikan bahawa pabila tibanya usia 40 tahun dan masih tidak menjahuhi dirinya dari melakukan maksiat maka ahli nerakalah mereka selagimana mereka tidak bertaubat menjauhi kemungkaran. Bagi yang istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan menjauhi kemaksiatan belum tentu juga terjamin imannya selagimana tidak diuji. Oleh itu janganlah kita takabbur dalam setiap amal yang kita lakukan. Zaman kini merupakan zaman bala’ serta usia umat Rasulullah juga kebanyakkannya pendek. Maka dalam hal beragama perlulah difikirkan dengan lebih serius dan tidak menangguhkan segala bentuk amalan. Sekali sudah terdetik di hati, maka laksanakanlah ia, sesungguhnya gerak hati itu jua datangnya dari Allah. Jika terpesong dari jalan kebenaran maka bersegeralah bertaubat sebelum datangnya bala’ Allah.

Dalam membincangkan persoalan ini, melihat kepada generasi muda kini, mereka yang bakal menjadi pewaris tampuk kepimpinan masa akan datang, bersediakah mereka? Layakkah mereka? Melihat kepada kondisi remaja yang rata-rata terdedah dengan fatamorgana dunia, sungguh tenat, terutamaku yang duduk di sekitar pantai barat melihat rapuhnya mereka dalam berhadapan dengan fantasi dunia yang sungguh melalaikan, dengan isu semasa yang membentangkan pembuangan bayi sana sini, adakah didikan ibu bapa juga perlu dipersalahakan di sini? Sama-sama mencari penyelesaian dan tidak hanya menunding jari. Islam sudah mengaturkan cara kehidupan cukup indah sekali, bagi yang belum mendirikan rumahtangga, maka percepatkanlah ia setelah cukup segala keperluan, pesanan ustaz Hafiz itu membuatku memikirkan rata-rata wanita zaman kini yang lebih sibuk mementingkan pangkat serta lalai dengan kehidupan hedonism. Pesannya lagi, seorang lelaki itu pabila tiba usianya 25 tahun maka bernikahlah serta wanita yang cukup umurnya dan ilmu berkaitan rumahtangga dirikanlah masjid. Dalam Islam juga digalakkan mendapatkan anak seramai mungkin sebelum usia menjangkau 30 tahun dan InsyaAllah terdapat satu kajian psikologi yang menyatakan bahawa anak-anak yang dilahirkan ini berpotensi dikurniakan akal fikiran yang cerdas dan sihat.janganlah dirisaukan soal rezeki kerana setiap rezeki anak itu sudah ada jaminannya dari Allah tetapi yang belum tentu jaminannya ialah iman kita. Melihat kepada Psikologi Islam pula, setiap pasangan itu digalakkan bernikah awal supaya dapat mendidik anak-anak sebelum tempoh usia tua. Hal ini kerana apabila menjangkau usia 40 tahun, ibu bapa ini boleh memberi tumpuan dengan amal ibadah dan tidak lagi disibukkan dengan mendidik anak-anak yang masih kecil mungkin lantaran family planning pada awalnya atau nikah pada usia yang lewat. Hal ini kerana usia umat zaman sekarang cukup singkat sekali, tiadalah masa sebenarnya untuk kita membazir waktu dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan melalaikan.

Jika dikoreksi diri, sungguh kehidupan selama 23 tahun ini masih lagi di awang-awangan tanpa hala tuju yang jelas. Iman seringkali digundah rasa lemah lantaran tidak istiqamah dalam beramal, sangat merindui sahabat-sahabat di kampus, halaqah, tazkirah… Moga diberi kekuatan dalam meneruskan kehidupan yang penuh panca roba.. YaAllah, moga YaAllah berikan kekuatan dalam mengharungi segala apa yang akan berlaku pada masa akan datang yang sudah tentnuNya Engkau lebih Maha Mengetahui Ya Robbi…~

My 1st journey as a blogger..~

Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah, after a long period of rest from writing, I come out with this blog ~ A JOURNEY... A Journey of life that leads to an ideal muslimah insyaAllah.. Feeling tired of all the tribulation and circumstance that sometimes retarding my mind and soul makes me wonder the purpose of life.. A modern rushing life which seize the peace that suppose have in a soul of a muslim.. By zikrullah and solah can vanish it (suppose to), it's an Allah's promise in the Holy Quran by remembering Him.. The life that I live agonize me sometimes, and of course it's a task from Almighty to examine how far my iman is, how healthy was it .. Thanks Allah.. But please Almighty insert patience  with it, i'm not strong enough to walk all alone.. And of course You too created others to full my life with; father, mother, a sister, brother in law and splendid friends, Alhamdulillah.. One reason I named my blog as Ukhuwwah because the importance of it, as we live in this world as a community, not alone, the needs of help from others to accomplish each other..  And alsoby the recommendation from a friend of mine which also created a blog too, congratulation, a journey to succeed starts from a single step or maybe indeed a post in a blog! I like to end up my 1st writing with a Surah that I always recite during my dooms day, cited in the Holy Quran:


In the name of God, Most Gracious, Most Merciful
 
By (the Token of) Time (through the ages), 
 Verily Man is in loss, 
Except such as have Faith, and do righteous deeds,
and (join together) in the mutual teaching of Truth,
and of Patience and Constancy.


May this blog will be a journey of excitement in I to seek the meaning of life as a Muslim..^ _^